Wednesday, March 28, 2007

Kisah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W (part five)

786.Salam...

Sambungan lagi...dan lagi..

PERNIKAHAN DENGAN SITI KHADIJAH

Pada suatu hari Abi Thalib bapa saudara Rasulullah
mendengar berita bahawa Khadijah binti Khuwailid
mengupah orang-orang Quraisy untuk menjalankan perdagangannya.Khadijah binti Khuwailid adalah seorang wanita pedagang yang kaya dan dihormati, urusan harta perdagangannya dilakukan oleh pekerja upahannya.Beliau berasal dari keluarga Bani Asad yang terdiri dari golongan berada,malahan kekayaannya bertambah setelah 2 kali ia kahwin dengan keluarga Makhzum,sehingga dikatakan beliau adalah antara yang tergolong dari penduduk Mekah yang kaya-raya.

Apabila bapa saudara Rasulullah mengetahui bahawa Khadijah sedang menyiapkan perdagangan untuk dibawa ke kafilah ke Syam,ia pun memanggil Nabi Muhammad s.a.w yang ketika itu sudah berumur 25 tahun.Abi Thalib berkata "Anakku,aku bukanlah orang yang berada,aku mendengar bahawa Khadijah mengupah orang dengan bayaran 2 ekor anak unta. Setujukah kau bekerja dengannya,dan aku akan bincangkan dengan Khadijah agar upah kau berlebihan".Baginda berkata,"Bergantung pada pakcik,baik kata pakcik,saya menerimanya".Mendengarkan kata-kata nabi, Abi Thalib terus mengunjungi Khadijah dan terus bertanya "Khadijah,setujukah kau mengupah anak saudara ku Muhammad? Aku mendengar engkau megupah orang dengan 2 ekor anak unta.Tapi aku fikir kalau untuk Muhammad tidak memadai dengan hanya 2 ekor unta, kerana semua orang kenal Muhammad dengan kerajinan dan akhlaknya yang terpuji.Jadi,untuknya sekurang kurangnya 4 ekor unta".

"Kalau permintaan mu itu untuk orang yang jauh dan untuk orang yang tidak aku sukai sekalipun,tentu aku akan kabulkan,apalagi permintaan mu itu untuk orang yang dekat dan orang yang aku kenali".Demikian jawab Khadijah ringkas.Mendengar khabar gembira itu maka pulanglah Abi Thalib dengan perasaan yang cukup bahagia untuk dikhabarkan kepada anak saudaranya, Muhammad."Ini adalah rezeki yang diberikan Tuhan kepada mu,wahai anakku"katanya.Sebelum pergi berdagang bapa saudaranya telah memberi nasihat dan tunjuk ajar bagi memudahkan perjalanannya. Baginda berangkat menuju ke Syam bersama Maisara (hamba perempuan Khadijah).Kejujuran dan kemampuan baginda berdagang menarik hati Maisara.Akhlaknya yang terpuji,penampilannya yang manis,luhur dan berbudi bahasa banyak menarik pelanggan untuk berurusan dengannya.Baginda terkenal dengan seorang yang amanah dan benar.Perdagangan ini banyak menguntungkan dari pada apa yang dilakukan oleh mereka sebelumnya.

Apabila tiba waktu pulang,mereka membeli segala barang dagangan yang difikirkan patut dari Syam untuk dibawa pulang dan dijual di Mekah.Di dalam perjalanan pulang Maisara sungguh gembira dan tidak sabar untuk memberitahu Khadijah tentang keuntungan perniagaan dan yang paling utama kepandaian dan kebaikkan akhlak Rasulullah. Mereka telah tiba di Mekah pada waktu tengahhari.Apabila Khadijah melihat baginda di atas unta dan sudah memasuki kawasan rumahnya,beliau terus menyambutnya.Baginda menceritakan pengalamannya berkafilah dan berniaga serta mengeluarkan keuntungan yang diperolehi kepada Khadijah,begitu juga barang-barang Syam yang dibawanya.Khadijah tertarik sekali mendengarnya.Selepas itu,Maisara pun datang lalu menceritakan semua perkara yang menarik tentang baginda termasuklah kehalusan akhlaknya,budinya dan bermacam perkara yang menyebabkan Khadijah terlalu gembira.

Kegembiraan Khadijah tadi akhirnya bertukar menjadi rasa cinta dan begitu tertarik kepada baginda sehingga beliau yang ketika itu berusia 40 tahun telah meluahkan perasaannya terhadap Nabi Muhammad s.a.w kepada sahabatnya Nufaisa binti Munya.Nufaisa terus bertemu baginda seraya berkata," Kamu tidak teringin untuk berkahwinkah wahai Muhammad" Baginda menjawab "Aku tidak berharta dan tiada apa-apa persiapan untuk itu".Nufaisa berkata "Kalau ada seseorang menaruh hati terhadapmu,adakah kamu menerimanya? orangnya cantik,berharta dan berkedudukan terhormat".

Akhirnya Nufaisa menceritakan sepenuhnya kepada baginda tentang keinginan Khadijah,lalu baginda terus menyatakan persetujuan.Khadijah terus menentukan waktu untuk mempertemukan keluarga kedua belah pihak
bagi menetapkan hari perkahwinan.Setelah mendapat persetujuan keluarga kedua belah pihak,perkahwinan mereka pun berlangsung,Khadijah diwakili oleh bapa saudaranya kerana ayahnya Khuwailid telah meninggal dunia sebelum perang Fijar lagi.Baginda telah berpindah ke rumah Khadijah.Dari sini bermulalah lembaran baru dalam kehidupan mereka.Kehidupan mereka amat bahagia,saling menyayangi sebagai suami isteri. Dari perkahwinannya itu,beliau beroleh 6 orang anak
terdiri dari 2 anak lelaki bernama Al-Qasim dan Abdullah dan 4 anak perempuan bernama Zainab, Ruqayyah,Ummu Kalsum dan Fatimah.Kedua-dua
anak baginda telah meninggal semasa kecil manakala anak-anak perempuan baginda masih hidup semuanya.Nabi Muhammad s.a.w tidak menikah lagi sampai Khadijah meninggal semasa nabi berumur 50 tahun.

Dalam rumah tangganya dengan Khadijah,baginda tidak pernah menyakiti hati isterinya.Sebaliknya isteri baginda Khadijah pun begitu ikhlas menyerahkan segalanya kepada suaminya.Kekayaan isterinya digunakan baginda untuk membantu orang-orang miskin dan tertindas.Budak-budak yang telah dimiliki Khadijah sebelum pernikahan mereka,semuanya dibebaskan,salah satunya adalah Zaid bin Haritsah,yang kemudiannya menjadi anak angkat baginda.

Lagu Nasyid mengenai Siti Khadijah

Siti Khadijah

Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Siti Khadijah srikandi sejati

Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang

O wo...Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...

Bersambung....

No comments: