Wednesday, March 28, 2007

Kisah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W (part four)

786.Salam...


Sambungan lagi.....

GELARAN AL-AMIN

Pada usia 20 tahun,Nabi Muhammad s.a.w telah
mendirikan Hilful-Fudul,satu lembaga yang bertujuan membantu orang-orang miskin dan teraniaya.Saat itu Mekah memang sedang kacau-bilau akibat perselisihan yang terjadi antara suku Quraisy dengan suku Hawazin.Melalui Hilful-Fudul inilah sifat-sifat kepimpinan Rasulullah mula terserlah.Kerana aktivitinya dalam lembaga ini, disamping mengikut bapa saudaranya berdagang,namanya semakin terkenal sebagai orang terpercaya.Hubungan dagangnya semakin meluas kerana berita kejujurannya segera tersebar dari mulut ke mulut,sehingga mendapat gelaran Al-Amin,yang ertinya orang yang terpercaya.Selain itu baginda juga terkenal sebagai orang yang adil dan memiliki rasa kemanusiaan yang tinggi.

Suatu ketika bangunan Ka'abah rosak kerana banjir,penduduk Mekah kemudian bergotong-royong membaiki Ka'abah.Ketika sampai masa untuk mengangkat dan meletakkkan Hajarul Aswad ke tempatnya semula,terjadi satu perselisihan. Masing-masing kabilah ingin mendapat kehormatan untuk meletakkan Hajarul Aswad. Akhirnya,Abu Umayya bin al-Mughirah dari Bani Makhzum,orang tertua diantara mereka berkata: "Bagaimana kalau kita serahkan keputusan bagi hal ini kepada orang yang pertama yang memasuki tempat ini melalui pintu Safa".Mereka pun bersetuju dengan cadangan tersebut.Lalu,mereka semua menunggu,ditakdirkan orang yang pertama masuk itu Nabi Muhammad.Lalu mereka menyerbu seraya berkata"Al-Amin,sekarang kami memerlukan keputusanmu untuk menentukan siapa dan kabilah mana yang layak menerima penghormatan untuk melakukan kerja meletakkan kembali Hajarul Aswad"."Kami sudah sama-sama setuju mendapat pandangan mu dan kami tidak membantah"

Setelah berfikir sejenak,baginda pun membuat keputusan seraya berkata,"Ambilkan aku sehelai kain."Lalu salah seorang dari mereka segera mengambilnya kemudian membentangnya dihadapan baginda.Baginda terus mengambil Hajarul Aswad lalu diletakkan diatas kain rentangan tersebut.Lalu baginda pun menyeru,"Wahai ketua-ketua kabilah,tampillah kamu semua kedepan dan masing-masing peganglah hujung kain ini".Mereka pun sama-sama memegang sudut kain dan membawanya ke Sudut Timur untuk meletakkan Hajarul Aswad seperti sediakala.Setelah samapai kesudut itu,baginda terus mengambil batu tersebut dan diletakkan di tempatnya.

Oleh yang demikian,perselisihan antara mereka pun selesai bahkan mereka masing-masing berpuas hati dengan apa yang telah diputuskan oleh baginda.Semua penduduk Mekah berasa kagum dan melahirkan setinggi penghargaan kepada baginda dan menganggapnya sebagai seorang yang berbakat besar.

Bersambung.....

No comments: