Friday, March 23, 2007

Kisah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W (part three)

786.Salam....

Sambungan Lagi....

TANDA-TANDA KENABIAN

Sejak kecik Nabi Muhammad s.a.w telah memperlihatkan keistimewaan yang luar biasa.
Pada usia 5 bulan baginda sudah pandai berjalan,
Pada usia 9 bulan baginda sudah mampu berbicara,
Pada usia 2 tahun pula baginda sudah boleh dilepas bersama-sama anak-anak Halimah yang lain.Saat inilah baginda telah berhenti menyusu dan harus dikembalikan kepada ibunya.Dengan berat hati Halimah terpaksa mengembalikan anak asuhannya yang membawa berkah itu.Namun tidak lama selepas itu baginda kembali diasuh oleh Halimah kerana terjadi wabak penyakit di kota Mekah.

Dalam masa asuhannya kali ini,baik Halimah mahupun anak-anaknya sering menemukan keajaiban di sekitar diri
baginda.Ada peristiwa luar biasa dimana semasa baginda sedang bermain-main,Dimrah,anak Halimah berlari-lari sambil menangis dan mengadu bahawa ada 2 orang bertubuh besar dan berpakaian putih telah mengambil baginda.Halimah pun bergegas menyusul baginda.Ketika ditanya,baginda menjawab "Ada 2 malaikat turun dari langit,mereka memberi salam kepadaku,membaringkan ku,membuka baju ku,membelah dada ku tanpa aku merasa sakit"

Halimah sangat gembira melihat keajaiban-keajaiban pada Nabi Muhammad s.a.w namun kerana keadaan ekonomi keluarga Halimah semakin lemah,Halimah terpaksa mengembalikan baginda kepada ibunya di Mekah.Selepas baginda kembali,baginda dijaga dengan penuh kasih sayang. Pada suatu hari,terlintas dihati Aminah untuk membawa anaknya melawat saudara-mara dari Bani Najjar di Madinah. Mereka pun memulakan musafir ke Madinah.Ummu Aiman (hamba perempuan) juga turut serta dalam perjalanan ini. Sampai sahaja di Madinah ditunjukkan rumah tempat ayahnya meninggal dunia serta tempat makamnya.Akhirnya sesudah sebulan mereka semua di sana,Aminah mulai bersiap untuk pulang ke Mekah dengan 2 ekor unta.Di tengah perjalanan
pulang iaitu ketika mereka sampai disuatu tempat bernama Abwa' (sebuah desa antara Madinah dengan Juffah yang jaraknya lebih kurang 37km dari Madinah)ditakdirkan ibunya jatuh sakit dan tidak dapat meneruskan perjalanan,akhirnya telah meninggal dunia dan dimakamkan disitu dan Ummu Aiman telah membawa pulang baginda.Dalam usia 6 tahun, Nabi Muhammad s.a.w telah menjadi yatim piatu.

Setelah ketiadaan Aminah,Abdul Mutallib mengambil alih tanggungjawab menjaga Nabi Muhammad s.a.w
Namun kemudian Abdul Mutallib pun meninggal dunia ketika berusia 80 tahun sedangkan ketika itu baginda baru berusia 8 tahun.Selepas itu tanggungjawab beralih pada bapa saudaranya Abi Thalib.Ketika berusia 12 tahun,Abi Thalib mengabulkan permintaan baginda untuk ikut serta dalam rombongan Abi Thalib berdagang ke Syam (Suriah).Usia 12 tahun sebenarnya masih terlalu muda untuk ikut dalam perjalanan itu,namun dalam perjalanan ini kembali terjadi keajaiban yang merupakan tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad s.a.w.Segumpal awan terus menaungi baginda sehingga panas terik yang membakar kulit tidak dirasakan oleh baginda.Awan
itu seolah megikuti gerak kafilah rombongan baginda.Bila mereka berhenti,awan itu pun ikut berhenti.Kejadian ini menarik perhatian seorang Rahib Kristian bernama Buhairah yang memperhatikan dari atas biaranya di Busra.Dia menguasai betul isi Kitab Taurat dan Injil.Hatinya bergetar melihat dalam kafilah itu terdapat seorang anak yang terang benderang sedang menaiki unta.Anak itulah yang terlindung dari sinar matahari oleh segumpal awan diatas kepalanya. "Inilah Roh Kebenaran yang dijanjikan itu," fikirnya.

Rahib itu pun berjalan menyonsong iringan-iringan kafilah itu dan mengundang mereka dalam satu jamuan makan. Setelah berbincang-bincang dengan Abi Thalib dan baginda sendiri,dia semakin yakin bahawa anak yang bernama Muhammad adalah calon nabi yang ditunjuk oleh Allah SWT.Saat akan berpisah dengan para tamunya,Rahib Buhairah berpesan kepada Abi Thalib,"Saya berharap tuan berhati-hati menjaganya.Saya yakin dialah Nabi Akhir zaman yang telah ditunggu-tunggu oleh seluruh umah manusia.Usahakan agar hal ini tidak diketahui oleh orang-orang Yahudi.Mereka telah membunuh nabi-nabi sebelumnya.Saya tidak mereka-reka,apa yang saya terangkan itu berdasarkan apa yang saya ketahui dari Kitab Taurat dan Injil.Semoga tuan-tuan selamat dalam perjalanan."Apa yang disampaikan oleh rahib itu membuatkan Abi Thalib segera mempercepatkan urusannya di Suriah dan segera pulang ke Mekah.

Nabi Muhammad s.a.w tinggal dengan bapa saudaranya dengan seadanya.Disamping itu baginda juga melakukan kerja yang biasa dikerjakan oleh mereka yang seusianya.Baginda mula bertungkus lumus mencari rezeki halal dengan cara mengambil upah menternak kambing.Rasulullah s.a.w pernah menceritakan yang bermaksud:"Dahulu aku pernah menternak kambing penduduk Mekah yang upahnya beberapa sahaja."Allah telah menjaga dan megawasi zaman keremajaan baginda.Oleh itu,baginda tidak pernah menyeleweng seperti pemuda-pemuda lain.Rasulullah s.a.w pernah menceritakan yang bermaksud: "Aku tidak pernah teringat hendak melakukan perkara biasa yang dilakukan oleh sebahagian besar orang-orang jahilliah,kecuali 2 kali tetapi telah dijauhkan oleh Allah.Selepas itu,aku tidak ingat lagi sehinggalah aku diutuskan.

Pertamanya disuatu ketika aku sedang menternak kambing dengan seorang pemuda lain,kemudian
aku memintanya agar menjaga kambingku sementara aku ingin pergi bersiar-siar di Kota Mekah.Rasulullah terus
menyambung "Setelah pemuda tersebut menerimanya,aku pun keluar dan setelah itu aku ke rumah pertama di Kota Mekah,disana aku mendengar permainan dan hiburan yang menyeronokkan lantas aku bertanya apakah gerangannya,orang ramai menjawab itulah keramaian dan pesta.Setelah itu, aku pun duduk untuk mendengar tetapi Allah telah menutup telinga ku sehingga aku terlena dan terjaga sesudah matahari memancar ke muka ku.Kemudian yang kedua,di suatu malam yang lain aku sekali lagi meminta perkara yang sama dengan kawanku agar menjaga kambingku,tetapi sebaik sahaja aku sampai terus berlaku perkara yang sama keatas diriku. Semenjak itu aku tidak mencuba lagi."

No comments: