Tuesday, March 20, 2007

Kisah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W (part two)

786.Salam

Sambungan....
HALIMATUL SA'ADIAH IBU SUSUAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Adalah satu kebiasaan di Mekah,anak yang baru lahir diasuh dan disusui oleh wanita desa dengan tujuan anak itu dapat membesar dalam pergaulan masyarakat yang baik dan udara yang bersih sehinggalah mereka mencapai umur 8 atau 10tahun dan pada usia inilah mereka akan dibenarkan kembali ke kota.

Saat Nabi Muhammad lahir,ibu-ibu dari desa Sa'd dikenali juga sebagai Kabilah Bani Sa'd telah datang ke Mekah mencari keluarga-keluarga yang ingin menyusui anaknya.Desa Sa'd terletak kira-kira 60km dari Mekah,dekat kota Ta'if,satu wilayah yang sangat baik udaranya.Diantara ibu-ibu itu terdapat seorang wanita bernama
Halimah binti Abu Du'aib as-Sa'diyah.Keluarga Halimah tergolong miskin,kerana itu beliau jadi ragu-ragu untuk mengasuh baginda dimana keluarga Aminah sendiri tidak terlalu kaya.Akan tetapi entah kenapa bayi yang bernama Muhammad itu sangat menawan hatinya,sehingga Halimah pun mengambil baginda sebagai anak asuhnya.

Ternyata sejak kehadiran baginda,baginda telah membawa berkah pada keluarga Halimah.Ahli sirah Nabawi sebulat suara mengatakan bahawa kampung Bani Sa'd yang mengalami kemarau yang teruk telah berubah menjadi bumi subur.Kambing-kambing peliharaan
Harith,suami Halimah,menjadigemuk-gemuk dan menghasilkan susu yang lebih banyak dari biasa.Rumput tempat mengembala kambing itu jugatumbuh subur.Kehidupan keluarga Halimah yang suramberubah menjadi bahagia dan penuh kedamaian.Mereka yakin sekali bahawa bayi dari Mekah yang mereka asuh itulah yang membawa berkah bagi kehidupan mereka.

Selama 2 tahun baginda ditinggalkan disana,disusukan oleh Halimah dan diasuh oleh anaknya yang bernama
Syaima'.Setelah cukup 2 tahun dan tiba masanya untukdilepaskan dari penyusuan maka Halimah dengan berat hati membawa baginda untuk diserahkan kepada ibunya Aminah.Sementara Aminah sangat gembira melihat anaknya kembalidalam keadaan sihat dan segar.

Lagu nasyid berkisar kisah Halimatul Sa'adiah...
Halimatul Saadiah

Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com/

Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan

Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya

Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta

Halimatus Saadiah
Engkau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah di pinggiran
Kau menyusui insan pilihan

Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakan membiak subur berganda

Halimatus Saadiah, kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah

Pada sejarahmu terukir kenyataan
Tidak kan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman
Bersambung.....

No comments: