Friday, March 16, 2007

Kisah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

786.Assalamualaikum.......

Sempena Maulidur Rasul yang akan disambut pada
31 Mac 2007 (12 Rabiulawal 1428) nanti...Saya rasa nak menceritakan Kisah Nabi Muhammad S.A.W dari baginda lahir hinggalah baginda wafat.Saya memamg suka kisah-kisah sejarah terutama Sejarah Islam....Semoga dengan kisah baginda ini kita dapat mengetahui latarbelakang Rasulullah dalam mempertahankan dan menegakkan Islam dan dapat menanam rasa cinta pada Rasulullah...

NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi pembawa Risalah Islam.Rasul terakhir penutup rangkaian nabi-nabi dan rasul-rasuldi muka bumi ini.Baginda adalah salah seorang dari yang tertinggi di antara 5 rasul yang termasuk dalam golongan
Ulul Azmi
atau mereka yang mempunyai keteguhan hati.Ini disebut didalam surah Al-Ahqaf ayat 35.Keempat lainnya dalam ulul azmi adalah Nabi Ibrahim a.s,Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s, dan Nabi Nuh a.s.

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w adalah anggota
Bani Hasyim,sebuah kabilah yang paling mulia dalam suku Quraisy yang mendominasikan masyarakat Arab.Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushayy,seorang ketua suku Quraisy yang besar pengaruhnya.Ibunya bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhra,dari Bani Zuhra.Baik dari belah bapa baginda mahupun belah ibu baginda,salasilah Rasulullah berkait juga dengan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail.

Tahun kelahiran Rasulullah dikenal dengan nama
Tahun Gajah
,kerana pada tahun itu terjadi peristiwa besar, dimana datangnya pasukan bergajah menyerbu Mekah dengan tujuan menghancurkan Ka'abah.Pasukan itu dipimpin oleh Abrahah,gabenor Kerajaan Habsyi di Yaman.Abrahah ingin mengambil alih kota Mekah dan Ka'abah sebagai pusat ekonomi dan tempat ibadat bangsa Arab.Ini sejajar dengan keinginan Kaisar Negus dari Ethiopia untuk meguasai seluruh Tanah Arab,bersama-sama dengan Kaisar Byzantium yang menghadapi musuh dari Timur,iaitu Persia (Iraq).Dalam penyerangan itu,tentera Abrahah telah dibinasakan kesemuanya oleh Allah dengan Burung Ababil yang melempari tentera bergajah.Abrahah sendiri melarikandiri ke Yaman dan tak lama kemudian dia meninggal dunia.Peristiwa ini dikisahkan di dalam Al-Quran surah Al-Fil
ayat 1-5.


Beberapa bulan setelah penyerbuaan tentera bergajah,Aminah selamat melahirkan seorang bayi lelaki,yang diberi nama
Muhammad. Lahir pada malam menjelang pagi hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 570 M.Pada masa itu ayah baginda telah meninggal dunia.Nama Muhammad diberikan oleh datuknya,Abdul Muttalib.Nama sebegitu belum begitu popular dikalangan orang-orang Arab.Apabila masyarakat setempat mengetahui anak itu dinamakan dengan nama Muhammad,mereka tertanya-tanya mengapa ia tidak suka menamakan dengan nama nenek moyang Abdul Muttalib menjawab "Aku ingin dia menjadi orang yang terpuji bagi Tuhan di langit dan bagi makhlukNYA di bumi"

Latarbelakang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ini berkisarkan sejarah peminangan Abdul Muttalib bagi pihak anaknya Abdullah terhadap seorang gadis yang mempunyai perwatakkan baik,berbudi bahasa, umur yang sesuai dan mempunyai kedudukan yang terhormat dikalangan masyarakat dan suku kaum Quraisy.Memandangkan usia Abdul Muttalib sudah hampir mencapai 70 tahun atau lebih malahan umur anaknya Abdullah pula mencecah 24 tahun maka dia berhasrat untuk mencari pasangan untuk anaknya.Pilihan Abdul Muttalib jatuh pada Aminah binti Abdul Wahab dari suku Zuhra.

Pada hari perkahwinan Abdullah dan Aminah,Abdul Muttalib juga turut berkahwin dengan
Hala
(sepupu Aminah) dan dari perkahwinan ini,lahirlah Saidina Hamzah,bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w yang seusia
dengan baginda.Abdullah tinggal di rumah Aminah selama 3 hari,selepas itu mereka sama-sama pindah ke rumah
Abdul Muttalib sesuai dengan adat kebiasaan masyarakat Arab.Selang beberapa hari,Abdullah pergi ke Syam bagi urusan perdagangan dengan meninggalkan isteri didalam keadaan hamil.Dalam

perjalanan pergi dan pulang,Abdullah biasanya tinggal dan singgah beberapa hari di Madinah iaitu tempat tinggal sanak saudara belah ibunya bagi menghilangkan penat.Selepas itu,beliau biasanya akan meneruskan perjalanan
pulang ke Mekah.Akan tetapi pada suatu hari beliau tidak dapat meneruskan perjalanan pulang kerana sakit tenat.Kawan-kawan yang turut berdagang bersamanya terpaksa pulang ke Mekah terlebih dahulu meninggalkan beliau di Madinah,disana beliau dijaga oleh saudara ibunya yang terdekat.Apabila tiba di Mekah rombongan kafilah tadi telah menyampaikan berita tersebut kepada Abdul Muttalib dan Aminah.Lalu Abdul Muttalib telah mengutus Harith
(anaknya yang sulung) ke Madinah bagi membawanya pulang sesudah beliau sembuh.Tetapi apabila Harith tiba disana dia diberitakan bahawa Abdullah telah meninggal dunia dan dikebumikan di sana sebulan selepas kafilahnya berangkat ke Mekah.

Oleh yang demikian,
Harith kembali ke Mekah dengan perasaan pilu dan sampai sahaja disana dikhabarkan berita tentang kematiaan adiknya,maka rasa duka dan sedih menyelubungi hati Aminah kerana dia telah kehilangan seorang suami yang selama ini menjadi harapan kebahagiaan hidupnya bersama
anak yang sedang dikandungnya.Demikian juga Abdul Muttalib begitu pilu kerana beliau teramat sayang kepadanya sehingga suatu ketika dulu beliau sanggup menebus Abdullah dengan 100 ekor unta (kisah nazar Abdul Muttalib bagi mendapat 10 anak lelaki).

Abdullah telah meninggalkan harta berupa 5 ekor unta,sekelompok ternakan kambing dan seorang hamba perempuan bernama
Ummu Aiman
yang kemudiannya menjadi pengasuh Nabi.Pada masa tersebut peninggalan
harta seperti itu bukanlah bererti meninggalkan harta yang banyak tapi sekadar melepaskan keperluan untuk
sementara waktu.Aminah yang sedang sarat mengandung akhirnya melahirkan seorang anak lelaki dan berita
kelahiran ini terus disampaikan kepada Abdul Muttalib di Ka'abah.Alangkah gembiranya beliau mendengar berita
tersebut sekaligus mengingatkan beliau kepada anaknya Abdullah dengan berita gembira ini ternyata pengganti
anaknya sudah ada.Kegembiraan Abdul Muttalib sungguh tidak terkata dan terus mendapatkan bayi tersebut lalu dibawanya ke hadapan Ka'abah.Disana bayi tersebut telah diberikan dengan nama Muhammad.

bersambung..........

No comments: