Tuesday, March 11, 2008

Satu Kejutan

Walaupun aku tidak berkesempatan mengundi pada pilihanraya umum ke-12 pada tahun ini aku tetap mengikuti perkembangan pru-12.Satu kejutan buat Malaysia baik pada Barisan Alternatif dan pada Barisan Nasional.Pada BA ini adalah sesuatu yang diluar jangkaan dimana 4 negeri sekaligus dirampas dari BN iaitu Kedah,Selangor,Perak dan Pulau Pinang manakala Pas mengekalkan status quo di Kelantan.Pilihanraya kali ini membuktikan rakyat telah bersuara,rakyat inginkan perubahan dalam corak pemerintahan.Nama-nama besar seperti Samy Vellu,Sharizat,Zainuddian Maidin,Kayveas,Koh Tsu Koon telah pun tewas dikawasan mereka sendiri.Pencapaian 2008 disimpulkan adalah paling buruk bagi Barisan Nasional walaupun mendapat undi popular.
BN bernasib baik kerana berjaya kekal di Sarawak dan Sabah
Bagaimanapun tahniah kepada pembangkang kerana telah memenangi kerusi di peringkat DUN dan Parlimen.Rakyat telah bersuara.

No comments: