Tuesday, July 29, 2008

Fetal Development - 6 Weeks


The embryo is the size of a lentil this week. If you could see inside yourself, you'd find the fetus has an oversized head in proportion to its body. The embryo's facial features are forming with dark spots where the eyes are, openings where the nostrils will be, and pits to mark the ears.
Protruding buds that will become the arms and legs are even more noticeable now. The embryo's hands and feet look like paddles. Other developments include the growth of the pituitary gland and muscle fibres. You can't hear it yet, but the heart (which has divided into the right and left chambers) is beating at about 150 beats a minute -- twice the rate of yours.

Monday, March 31, 2008

Why English Is So Difficult


Why English Is So Difficult


We'll begin with a box, and the plural is boxes;

But the plural of ox became oxen not oxes.

One fowl is a goose, but two are called geese,

Yet the plural of moose should never be meese .



You may find a lone mouse or a nest full of mice;

Yet the plural of house is houses, not hice.

If the plural of man is always called men,

Why shouldn't the plural of pan be called pen?



If I spoke of my foot and show you my feet,

And I give you a boot, would a pair be called beet?

If one is a tooth and a whole set are teeth,

Why shouldn't the plural of booth be called beeth?



Then one may be that, and three would be those,

Yet hat in the plural would never be hose,

And the plural of cat is cats, not cose.


We speak of a brother and also of brethren,

But though we say mother we never say methren.

Then the masculine pronouns are he, his and him,

But imagine the feminine, she, shis and shim .

Menu Sarapan Pagi : Ikan Dory Goreng Tepung

Bahan-bahan :


2 keping Isi ikan dory yang telah dibuang tulang
2 biji telur ayam
serbuk tepung berperisa
serbuk roti/breadcrumbs

Cara-cara :

1-Potong isi ikan dory empat segi tepat
2-Pecahkan telur dan pukul telur
3-Lepas potong,celupkan isi ikan dory ke dalam serbuk tepung berperisa
4-Kemudian dicelup lagi ke dalam telur yang telah dipukul
5-Akhir sekali celupkan ke dalam serbuk roti dan bolelah di goreng dengan minyak yang banyak
-makan dengan nasi goreng cendawan...yummy..-

Friday, March 28, 2008

Percubaan Pertama : Ayam Panggang Madu


Gambar paling atas :
Ayam yang dipanggang didalam Double Grill Convection Microwave Oven
Ayam yang telah siap dipanggang (yummy....)
Ayam yang dah dipotong-potong

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam
1/2 cawan madu
sedikit kicap manis (saya letak kicap sikit kasi ayam tu hitam,kalo tak nampak pucat)

Bahan-bahan mesin :

3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm halia
2 cm kunyi hidup
1 s/b jintan manis
1 s/k garam

Cara-cara
1. Bersihkan ayam dan toskan sehingga kering.
2. Gaulkan madu dan bahan mesin.
3. Ratakan bahan perap besama ayam dan perapkan selama 3 jam atau semalamam dalam peti sejuk.
4. Bakarkan dalam oven 200'C selama 1 jam atau sehingga garing (tp saya bakar pakai microwave menu Auto Roast)

-original resepi dari http://www.hanieliza.tk/-

Kronologi krisis 19 hari Idris-istana

Sape 'natang' yang mereka-mereka ni maksudkan?????

Bermula dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas pilihanraya umum

8 Mac - krisis pelantikan menteri besar Terengganu berakhir di meja mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.Tarikh penting krisis menteri besar Terengganu

9 Mac - Menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, yang cuba menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, gagal menemui baginda sehingga tengah malam.Beliau ingin menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menyerahkan senarai ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri selepas BN kembali memerintah negeri itu - menguasai 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

10 Mac - Majlis angkat sumpah menteri besar (Idris) di Istana Maziah, Kuala Terengganu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

11 Mac - Idris, wakil Jertih dan juga pengerusi BN negeri, kelihatan sugul, dan kemudian tegang apabila media bertanya persoalan beliau tidak mendapat perkenan istana sebagai menteri besar bagi penggal kedua.

12 Mac - Nama Datuk Ahmad Said, wakil rakyat Ajil, antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris. Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid, wakil Ajil, dan Datuk Mohamad Awang Tera, wakil Chukai, turut dinamakan.Mohamad menafikannya kepada Malaysiakini dan menyebut beliau dan wakil-wakil BN akan berdiri di belakang Idris.

14 Mac - Idris mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan semua wakil BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang dijadual diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

15 Mac - Pertemuan wakil-wakil BN dengan MPPR dibatalkan dua jam sebelum dijadual berlangsung 11 pagi.Seramai 20 wakil BN bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan menteri besar Terengganu, selain menyatakan sokongan mereka kepada Idris.Istana Terengganu dilaporkan menafikan pembabitannya dengan isu pelantikan jawatan itu.

18 Mac - Idris menyeru penduduk Terengganu bertenang sewaktu negeri itu ketiadaan menteri besar dan berkata beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut dari pihak istana.

19 Mac - Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar. Menurut perlembagaan, kata beliau, Baginda dilarang menjalankan peranan sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam.Tan Sri Abdul Gani Patail menambah, dengan itu Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon baginda sendiri bagi jawatan tersebut dan menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan sepenuhnya pada MPPR.

20 Mac - Polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang kira-kira 1.45 pagi mengenai pelantikan menteri besar di Jalan Sultan Mahmud, sebatang jalan utama di Kuala Terengganu.

21 Mac - Empat lelaki tersebut, yang disiasat antaranya menurut Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dibebaskan. Polis memberi amaran kepada penyebar SMS, yang dilaporkan semakin meluas sejak beberapa hari lepas, tentang isu pelantikan menteri besar.

22 Mac - Pejabat Sultan Terengganu mengumumkan pelantikan Ahmad sebagai menteri besar dan majlis angkat sumpah dijadual pagi esoknya. Seramai 22 wakil BN, yang diketuai Rosol, mengisytiharkan untuk memulau majlis tersebut. Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu (yang tidak dinamakan) kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.Setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan tersebut atau sedia menerima tindakan disiplin.

23 Mac - Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada MPPR. Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR. Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad. Idris bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya pada sebelah pagi.
Perdana Menteri menyifatkan pelantikan Ahmad "tidak mengikut perlembagaan" kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN.Pada sebelah malam ini di Kuala Lumpur, semua 23 wakil BN terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik MB.Rosol, di sidang media itu, menafikan kenyataan timbalan ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua ketua bahagian menolak Idris.
Hanya bahagian-bahagian Hulu Terengganu (diketuai Tengku Putera), Marang, Dungun dan Kemaman (diketuai Ahmad) menolak Idris (ketua bahagian Besut); manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menyokongnya.Peguam Negara menasihatkan Pemangku Raja Terengganu dan MPPR agar melantik seseorang yang mendapat dukungan majoriti wakil rakyat seperti termaktub peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau memohon menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang juga Sultan Terengganu, untuk menjelaskan fakta-fakta dalam isu tersebut.

24 Mac - Ahmad disambut meriah di kawasannya Kemaman, diarak dengan konvoi kenderaan sejauh 10 kilometer dari sempadan Pahang ke rumahnya di Teluk Kalong petang ini.Ahmad bertegas akan ke pejabat menteri besar untuk memulakan tugas di Wisma Darul Iman esok.Sebelah tengah hari, Ahmad menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.PAS menyatakan sokongan kepada pelantikan Ahmad seperti telah diperkenan oleh MPPR.PKR membuat aduan polis di Kuala Terengganu, mendakwa perdana menteri, timbalan perdana menteri serta 23 wakil rakyat BN "bersikap biadap dan menderhaka" kepada Sultan Terengganu.

25 Mac - Ahmad tiba di Wisma Darul Iman sebelum jam 8 pagi, solat hajat dan masuk ke pejabat lamanya sewaktu menjadi exco penggal lalu. Idris melahirkan kesediaan memohon keampunan daripada Sultan Terengganu atas segala kesilapan yang telah menimbulkan kemurkaan baginda.Pemuda PAS menggesa polis menyiasat kain rentang "Kami nak Idris, natang" yang didakwanya menghina institusi raja.Pemuda PAS Terengganu membuat laporan polis berhubung kain rentang itu dan kenyataan beberapa pemimpin Umno negeri dalam Berita Minggu dua hari sebelumnya.

26 Mac - Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong, antaranya membincangkan krisis pelantikan menteri besar Terengganu. Idris bertemu Abdullah di pejabatnya di Putrajaya selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong. Butiran kedua-dua pertemuan ini tidak didedahkan kepada umum. Ahmad diura-urakan kekal sebagai menteri besar dan usaha Idris menuju jalan buntu.Rosol, bagi pihak kumpulan 22 wakil rakyat yang menyokong Idris, menggesa Abdullah agar "bersikap tegas" melantik bekas menteri besar itu.Sekumpulan penduduk negeri itu membuat aduan polis berhubung kain rentang "Kami nak Idris, natang"

27 Mac - Majlis Tertinggi (MT) Umno sepenuhnya menyokong Ahmad, calon lantikan istana.Persiapan sambutan besar-besaran di Terengganu menjelang keberangkatan pulang Tuanku Mizan pada Sabtu ini.Polis membuka empat kertas siasatan daripada 26 aduan sepanjang krisis ini.Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat kes seorang ahli politik kanan yang didakwa menyeleweng dalam beberapa projek di Kijal dan Chukai, Kemaman.

-dipetik dr http://www.malaysiakini.com/news/80510-

Thursday, March 20, 2008

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1429H

Jom ikut sunah nabi

BERSYUKUR kehadrat Allah s.w.t. kerana kita masih diberi peluang untuk sama-sama meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tahun 1429H. Majlis sambutan ini diadakan di pelbagai peringkat iaitu dari peringkat kampung hinggalah ke peringkat kebangsaan.Kemeriahannya memang jelas kelihatan di seluruh pelosok negara. Selawat dan salam kepada junjungan besar pada hari ini begitu mempesonakan. Pelbagai lagu direka untuk dipersembahkan kepada awam.Rata-rata kebanyakan daripada kita begitu bersemangat sekali untuk mengikuti contoh tauladan yang terbaik yang telah ditunjukkan Baginda.Kalau kita kira bilangan sunah Nabi memang tak terkira banyaknya. Bayangkanlah, apa sahaja yang telah dilakukan Baginda dianggap sunah. Cara Rasulullah bercakap, makan, minum, senyum, penampilan dan lain-lain dianggap sebagai sunah.Dalam hal ini, satu sunah Nabi yang ingin dibicarakan ialah mempraktikkan bahasa Arab dan menguasainya. Ini berlandaskan kepada kata-kata Nabi, “Belajarlah Bahasa Arab dan ajarkanlah kepada sekelian manusia”. Ada juga di kalangan kita yang tertanya-tanya: “Siapa yang sepatutnya perlu belajar bahasa Arab?” Seterusnya satu lagi soalan iaitu “Siapa pula yang sepatutnya perlu menguasai bahasa Arab?” Berikut dinyatakan empat golongan utama yang perlu belajar dan seterusnya menguasai bahasa antarabangsa yang sangat penting ini.

Pertama,orang yang mengaku dirinya beragama Islam.
Ini kerana pedoman utama umat Islam ialah al-Quran dan hadis Nabi. Kedua-duanya dalam bahasa Arab. Bagaimana seseorang itu boleh memahami Islam dengan fahaman yang paling tepat kalau tidak berdasarkan sumber yang asal? Ada orang kata, “Saya sayang Nabi, saya cinta pada Rasul”. Tetapi bagaimana beliau boleh mengaku sedemikian rupa sedangkan dia tidak berusaha mempelajari apa yang dituturkan oleh Nabi.
Pelik, tetapi benar! Itulah kenyataan yang perlu kita terima dewasa ini. Kebanyakan kita masih lagi belum dapat memahami apa yang dibaca semasa membaca al-Quran. Walaupun seseorang itu mampu membaca al-Quran dengan baik, tetapi belum pasti dia juga mampu memahami apa yang terkandung di dalamnya.

Kedua,rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama yang berfikiran komersial, korporat dan ahli perniagaan.
Tahukah kita, terdapat 23 negara Arab yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi. Daripada jumlah tersebut terdapat lebih tujuh negara Arab yang kaya raya dengan sumber alam yang menawarkan banyak projek mega. Baru-baru ini, gabungan beberapa syarikat di Malaysia telah berjaya mendapat tender bernilai lebih RM3 bilion di Arab Saudi. Untuk itu, kebolehan komunikasi dalam bahasa Arab yang tinggi amat diperlukan untuk meyakinkan pihak-pihak berkenaan.Apabila kita berkunjung ke negara-negara Arab tersebut kita masih boleh berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Itu memang tidak dapat dinafikan. Persoalannya, sejauh mana kita dapat meyakinkan dan dapat menarik minat mereka?Kita juga tertanya-tanya, kenapa barangan Malaysia masih tidak dapat menembusi pasaran negara-negara Arab secara maksima? Kenapa nilai dagangan dengan negara-negara tersebut masih rendah? Sedangkan Malaysia dan negara-negara Arab tersebut banyak persamaannya. Semua 23 negara Arab tersebut (kecuali Lebanon) menjadikan Islam sebagai agama rasmi.Salah satu faktornya ialah kebanyakan golongan korporat dan profesional tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab yang boleh menarik minat pelanggan berbangsa Arab. Ini kerana, walaupun mereka masih boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tetapi untuk menawan hati, maka penggunaan bahasa Arab sangat diperlukan.

Ketiga, golongan profesional seperti doktor, peguam, arkitek, akauntan, jurutera dan lain-lain.
Ini kerana al-Quran adalah sumber rujukan ilmu pengetahuan. Adalah amat rugi sekali jika golongan profesional ini tidak mampu merujuk al-Quran untuk meningkatkan kajian dalam bidang yang diceburi. Terlalu jauh perbezaannya antara profesional yang boleh mengadaptasi al-Quran dalam bidang berkaitan dengan rakannya yang hanya bergantung kepada terjemahan sahaja.Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan tentang sesuatu secara saintifik. Dalam ruangan ringkas ini dinyatakan beberapa contoh tema berkaitan keprofesionalisme untuk direnungkan, dikaji, diamalkan dan dijadikan iktibar kepada generasi akan datang.Contohnya, soal tentang bilangan perkataan di dalam al-Quran. Bilangan perkataan di dalam al-Quran adalah signifikan. Setiap baris, huruf, perkataan, jenis ayat sama ada panjang atau pendek adalah bermakna.

Keempat, golongan akademik yang menitik beratkan soal sumber rujukan.
Nah begitu jelas sekali bahawa rujukan utama ialah al-Quran dan hadis. Kedua-duanya dalam bahasa Arab. Sehubungan itu, untuk mendapatkan nilai kajian yang lebih mutu akademiknya, ahli akademik sepatutnya menguasai bahasa Arab.Untuk itu, berikut dikemukakan beberapa cadangan yang mungkin perlu direnungkan bersama. Antaranya ialah; golongan profesional dan akademik seperti pakar sains, jurutera, saintis dan lain-lain hendaklah menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama meningkatkan karier mereka dalam bidang sains.
Selain itu, oleh kerana hendak memahami al-Quran memerlukan kemahiran bahasa Arab. Guru sains, pakar sains dan saintis perlu belajar bahasa Arab mengikut kaedah yang sesuai bagi mereka. Seterusnya untuk jangka pendek, mereka perlu berganding bahu dengan ulama yang memahami al-Quran untuk mencipta kegemilangan dalam bidang sains dan teknologi.

Jadi ayuh kita belajar bahasa Arab dan menguasainya sehingga kita boleh menggunakan al-Quran untuk meningkatkan prestasi dalam bidang yang kita ceburi. Semua yang kita lakukan ini akhirnya akan menuju ke matlamat asal kita iaitu untuk memperoleh keredaan Allah. Jadikan sambutan Maulidur Rasul kali ini memberi makna yang mendalam kepada kita semua.

Tuesday, March 11, 2008

2 Minggu Lepas

Hari Jumaat lepas we all..aku,hubby ngan cik Sara g ITC Fatmawati untuk shopping barang cik Sara.Murah-murah barang baby kat sane..kteorang sebenarnya nak cari katil baby dan bouncer yang ade musical tu.Tapi dah alang-alang pegi kan so dapatlah beli barang2 baby yang lain.Sayangnya katil kene tempah dulu dan pada hari tu pulak kebetulan Hari Nyepi tak dapatlah nk buat tempahan.Katil baby yang paling murah harga dalam Rp2juta lebih kurang nk RM800 tu belum tawar la..mcm mahal je sebab katil semata tak termasuk tilam dan lain2 lagi.So,sampai sekarang tak buat-buat lagi tempahan katil tu..maybe nk survey kat tempat lain dulu.Ape yang kteorang dapat ni la dia....

Ni la dia Bouncer cik Sara harga dlm Rp400++

Ni pulak thermometer untuk telinga & kepala harga dlm Rp200++

Baju kait ni pulak dpt diskaun harga dlm Rp75

Bottle Warmer ni x ingat la pulak tp yg pasti murah

Selepas penat shopping2 perut kteorg pun dah lapo..So,pegi la mam Ayam Tulang Lunak Hayam Wuruk kat Pondok Indah.Ayamnya terlalu la lembut sampai tulang pun bole dikunyah dan ditelan.Sedap pulak tu.Tak rugi menjamu selera kat situ.


Sedap tul mkn kat sini..len kali bole dtg lagi

Pagi Sabtu pulak kteorg g cari rak buku kat area Ciputat.Memang banyak kedai perabot kayu jati area tu.Sampai tak tau nk pilih yg mane.Harga pun bole tahan murah.


Antara kedai perabot di Ciputat

Semangat pengundi celik


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)

ISYARAT jelas yang disampaikan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 kali ini sememangnya memerlukan satu bedah siasat yang terperinci daripada parti Barisan Nasional (BN). Meskipun beberapa sentimen penolakan rakyat terutamanya di beberapa negeri sudah dapat dibaca oleh pemimpin di kalangan BN sendiri, namun untuk tumbang dengan kekalahan seperti yang berlaku adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan mengejutkan.Melihat perubahan dalam corak sokongan rakyat kali ini, beberapa penganalisis politik tempatan merumuskan, faktor ‘muda’ dan ‘wajah baru’ turut meningkatkan graf penolakan rakyat di sebalik beberapa isu utama lain terutamanya isu sosial.Menurut mereka, meskipun golongan muda hanya kira-kira 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi, namun dengan membayangkan gelombang jiwa dan semangat baru golongan ini yang mengharapkan satu bentuk perubahan, ia sudah memadai untuk menafikan majoriti besar buat BN.
Faktor calon muda dengan aspirasi perubahan yang tinggi turut memberi kelebihan kepada parti pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila ia dilihat menjadi penentu utama kepada sokongan rakyat.
Malangnya, BN walaupun turut membariskan ramai calon muda sama ada daripada sayap parti seperti Pemuda dan Puteri UMNO, bagaimanapun tidak berupaya menangkis pelbagai isu semasa yang menuntut penjelasan daripada rakyat keseluruhannya.Bagi Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Islam
Antarabangsa (UIA), Prof. Dr. Fatimah Daud, latar belakang pendidikan yang tinggi termasuk ramai yang merupakan lulusan universiti luar negara merubah corak undian di kalangan pengundi muda.Katanya, pengundi cerdik pandai dan terpelajar ini tidak lagi menerima dengan mudah segala apa yang berlaku di sekeliling mereka sebaliknya semakin bijak dalam membuat penilaian.‘‘Ini bukan lagi zaman di mana pengundi sangat taksub kepada satu-satu parti sebaliknya rakyat terutamanya pengundi muda semakin berfikiran terbuka dan kritis dalam menetapkan pendirian mereka,” katanya.Tambah Fatimah, pengundi muda yang kebanyakannya menetap di bandar-bandar besar turut mempengaruhi pola undian di kawasan itu sehingga berjaya mendorong kepada peningkatan sokongan kepada parti pembangkang.Penduduk di bandar katanya, lebih berpandangan luas dalam membuat penilaian serta berkuasa menentukan pilihan sendiri dalam pentadbiran dan ia dibuktikan di Pulau Pinang, Selangor dan Perak yang kini ditawan pembangkang.
Sementara itu, Presiden Akademi Pembangunan Intelektual Moden (Minda) Datuk Mohd. Nor Ali pula berkata, pengundi muda dalam pilihan raya kali ini benar-benar menterjemah kuasa undi mereka sehingga menjadi faktor utama kepada perubahan besar di kebanyakan kerusi yang dipertandingkan.Jelas beliau, golongan itu kini memperlihatkan kematangan yang tinggi dan tidak lagi boleh ditakut-takutkan dengan isu dan masalah yang remeh sebaliknya bangkit mempersoalkan dan menunjukkan penentangan mereka.‘‘Kehidupan dalam dunia yang moden hari ini juga memberikan kelebihan kepada keterbukaan pemikiran dan penilaian orang muda yang bersuara dan mendapatkan maklumat menerusi media alternatif seperti Internet dan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS),” ujarnya.Mohd. Nor menambah, pengundi muda kini juga tidak lagi memberikan sokongan berdasarkan parti semata-mata sebaliknya memperluaskan penilaian dan ukuran mereka kepada wibawa calon yang bertanding.Golongan itu juga katanya, semakin bersifat selektif dalam penilaian calon wakil rakyat mereka termasuk memilih individu yang bersih, mudah dipercayai dan dilihat berkeupayaan menyampaikan kehendak dan suara mereka.Turut mengakui kuasa pengundi muda melonjakkan perubahan sokongan dalam pilihan raya kali ini, pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, trend itu sangat ketara di bandar-bandar besar.Namun apa yang memeranjatkannya, pola undian tersebut turut merebak di kalangan pengundi di luar bandar terutamanya di Kedah.‘‘Ini menimbulkan persoalan adakah pengundi konvensional dan tradisi di luar bandar sudah berubah hati kerana jika diperhatikan pengundi yang berpaling sokongan misalnya di Kedah melangkaui sehingga 60 peratus.
Ia juga sebenarnya merupakan ketidakseimbangan dalam amalan mengundi sebelum ini yang mana rakyat selalunya lebih memihak kepada parti,” katanya.Anjakan paradigma pengundi muda itu juga tambah Sivamurugan, banyak dipengaruhi oleh perkembangan teknologi moden hari ini terutamanya Internet dan SMS selain penglibatan golongan terpelajar dalam arena politik tempatan.Ketika ditanya adakah trend pengundian ini akan menjadi amalan dalam pilihan raya akan datang, beliau bagaimanapun menjangkakan ia tidak akan berkekalan kerana sentimen undian ketika ini lebih kepada luahan rasa dan protes rakyat kepada BN.Bentuk sokongan sebegitu jelasnya, boleh berubah pada pilihan raya akan datang sekiranya BN berjaya menilai dan mencari penyelesaian terhadap faktor penolakan rakyat seterusnya mengembalikan semula sokongan kepada parti berkenaan.

Satu Kejutan

Walaupun aku tidak berkesempatan mengundi pada pilihanraya umum ke-12 pada tahun ini aku tetap mengikuti perkembangan pru-12.Satu kejutan buat Malaysia baik pada Barisan Alternatif dan pada Barisan Nasional.Pada BA ini adalah sesuatu yang diluar jangkaan dimana 4 negeri sekaligus dirampas dari BN iaitu Kedah,Selangor,Perak dan Pulau Pinang manakala Pas mengekalkan status quo di Kelantan.Pilihanraya kali ini membuktikan rakyat telah bersuara,rakyat inginkan perubahan dalam corak pemerintahan.Nama-nama besar seperti Samy Vellu,Sharizat,Zainuddian Maidin,Kayveas,Koh Tsu Koon telah pun tewas dikawasan mereka sendiri.Pencapaian 2008 disimpulkan adalah paling buruk bagi Barisan Nasional walaupun mendapat undi popular.
BN bernasib baik kerana berjaya kekal di Sarawak dan Sabah
Bagaimanapun tahniah kepada pembangkang kerana telah memenangi kerusi di peringkat DUN dan Parlimen.Rakyat telah bersuara.

Tuesday, March 04, 2008

Sara 78hari

Hari ni Sara dah masuk 78hari maknanya anak ummi dah 2bulan 15hari.Dah besar dah dia.So far Sara sekarang dah pandai senyum bila kita agah2 dia,pandai tgk tv..macam paham je..siap kerut2 kening..dah pandai kenal orang,paling dia kenal ummi dia..kalau ummi dia takde alamatnya nangis sampai tersedu sedan..cian tol..jadual tdo pun dah betul..kalo dulu mase mula2 lahir susah betul nk tdo..dan tak bole la bunyi skit waktu malam2 mesti terjaga punye..hehe..sekarang malam kene letak dia tdo meniarap supaya dia tdo lama dan tak terkejut2.


Macam ni la Sara tdo kalau malam2..barulah lena

Wah Sara dah pandai senyum..cutenya dia


Wednesday, April 18, 2007

Alhamdulillah...

786.Salam.

Kurang lebih 2 minggu Oked tak update sbb 2 minggu cirit birit atau lagi sedap dipanggil diare. Tuhan saje yang tahu bape kali Oked kuar masuk toilet sampai lenguh montot,bape kali duk pam sampai lenguh tangan bape hari x tdo nyenyak...sabar je la 2 kali g klinik (Thanks to my Hubby) dan Oked anggap ni semua ujian dah nama pun tinggal kat
negara orang kan.

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak ada sesuatu yang menimpa org2 yang beriman kepada Allah s.w.t drpd bala bencana, atau kesusahan demi kesusahan, atau kerunsingan atau kesedihan atau duri yang menyucuk
tubuh badannya itu"

Semua ujian yang Allah bagi pada kita adalah untuk kita menebus segala dosa2 kita kepada Allah.

Hadis Nabi

"Bila ia mendapat kesenangan ia bersyukur maka syukur itu lebih baik baginya,tetapi ia ditimpa musibah dan kesulitan maka ia bersabar maka
sabar itu lebih baik baginya."

3 Hikmahnya :-

1 - Allah nak mengangkat darjat orang2 yang beriman
2 - Allah nak gandakan pahala kita
3 - Allah nak mengampuni dosa2 kita

So,sekarang Oked kene jaga makan..tak boleh makan berminyak (abislah...sebenarnya belasah jugak), bahan dari tenusu bagai,makan makanan tepi jalan yang tak tau sumbernye dari ape dan sewaktu dengannye. Oked pun dah phobia bab2 makan ni.
Solutionnyer masak je la kat umah x pun kalo kepingin sgt nk makan luar kene cari tempat yang bersih dan tidak diragui kebersihannya.. ade baiknyer jugak sakit perut ni...berat Oked kurang 2kg...rasenyer sebab banyak hilang air tu berat turun tu... la ni naik 1kg balik....masa g klinik hari tu tak sempat nk tanya doktor bakteria ape yang buat 'serang hendap' ni sebab Oked duk tdo dalam bilik doktor (yelah semalaman duk sakit perut) xpelah..len kali la tanye .Alhamdulillah dah makin sembuh
(agaknyerlah...tp still x berani minum susu).

Doa menghadapi musibah

Doa 1

" Ya Allah Ya tuhan ku engkau berilah pahala didalam musibah yang engkau ujikan kepadakudan gantilah kepada aku Ya Allah dengan ganti yang lebih baik "

Doa 2

Surah al-a'raf ayat 126 "Rabbana afriq a'laina sobran wa tawaffana muslimin"
Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam